Thursday, August 18, 2011

Plan for Today.

Hari ni my sister Kak Chik plan nak datang rumah berbuka.  So sudah ada 3 orang adik beradik di rumah itu nanti.  Memang bila dah lebih dari satu tu macam2 plan.  Plan pertama ape nak masak untuk berbuka.  Ingat nak buat masak tempoyak ikan (ini favourite my hubby and my sister) but bukan my adik ipar (En. Mat).  So ikan buat sambal ikan kot....lain2 pasar ramadhan..

Next ingat nak gi jalan-jalan kat gerai-gerai ramadhan yang berlambak sekarang ni.  Kat Ampangan, Kat Dataran Senawang etc.

Lepas tu Pagi Sabtu Lepas sahur ingat nak buat choclate pulak.  Nak ajar adik so dia boleh buat pulak nanti.  He...he..he... harap tentative plan ni menjadilah.

So wait and see....

Wednesday, August 17, 2011

Peristiwa 18 Ramadhan 1432 H

Pagi-pagi lagi telah dikejutkan dengan satu peristiwa yang membuatkan aku panik dan menyebut nama ALLAH sebanyak-banyaknya.

Nak tahu kenapa?  Lif telah turun dari tingkat 4 ke Basement 2.  Bergegar dan turun  floor by floor macam terhentak-hentak (tak tau words ape yang sesuai ni) sampailah lah B2.  Nasiblah ada seorang lagi kawan dalam lif tu (kenal muka tapi tak tahu nama).  Keluar je setelah selamat sampai terus menangis dan berpeluk2 dengan kawan tu.  (walaupun tak kenal nama tapi tak pe).  Ikatan silaturrahim terbina. 

Syukur alhamdullillah ALLAH selamatkan ku.

Kami ambil keputusan naik tangga.  Tak sangka pagi ni aku naik 7 tingkat naik tangga.  Mengah dan tak boleh bercakap.  Duduk sebentar ambil nafas, baru call Unit Bangunan untuk membuat aduan.  Tapi syukur dah ada yang buat report.  Ini mesti mereka-mereka yang tau kita tersekat di dalam lif tersebut.

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan 1432H

Memang dulu-dulu Rahman dan Rasyid memang sudah diasuh untuk berpuasa sejak umurnya 5 tahun.  Dua orang putera ni memang ok je bila suruh puasa.  Bangun sahur Along (Rahman) senang nak kejut tapi Angah (Rasyid)  susah sikit..  Tapi oklah dia orang.

Tahun ini giliran Alya pula untuk diajar berpuasa.  Setelah 16 hari berpuasa baru 4 hari dia puasa.  Tapi 3 hari yang terdekat ni memang dia dah dapat tune berpuasa.  Semangat je.  Cuma kena remind teacher yang dia berpuasa kalau tak kena bagi makan.  Sahur pun ok.  Makan kena suaplah.  Setakat ni syukur alhamdulillah tak lah banyak kerenahnya untuk berpuasa.  Harap-harap hari-hari yang mendatang dia akan seronok untuk sama-sama berpuasa.  Gelagatnya yang geli hati ialah dia suka buka peti ais tinjau-tinjau waktu nak dekat-dekat buka tu.

Thursday, August 11, 2011

Facial for Free

Semalam waktu lunch tetiba my phone ringing.  Mesti Mr. Hubby yang call.  Tetiba dengar Chinese Women yang bercakap (mmg tak fasih betul BM dia).  Hei saya dari MayFair lah.  Ingat tak dulu you pernah cuba tapi you still tak habis lagi.  Still got another treatment yang you tak buat.  Pelik gak lah sbb benda tu dah 2 tahun berlalu.  Ini mesti customer tak de ni (agak nya lah) atau pun auditor dia datang tengok akaun ada lagi orang tak utilize promotion package yang dia orang offer 2 years back. 

Beginilah perbualannya.

Esok you free kan?  Tau pulak I free ni.  Your lunch hour lama kan?  Why not you datang buat facial for free (ni yang I nak dengar ni).  Tapi I hate you know sebab nanti sambil2 buat facial dia mulalah buat promosi kalau you beli ni bagus tau.  Kalau you guna serum ni bagus tau. (Ini cakap dalam hati je tau)

Ada juga kemungkinan dia tau we all Gov Servant akan dapat half month bonus.  Oh tidak...saya tak can spend that money to do the treatment k.  I am poor your know.  Banyak priorities lain yang I nak gunakan duit tu.  I akan buat muka blurr and ignorance kot...ha..ha..haa....actually can't afford the treatment cost. 

Anyway looking forward nak buat facial for free....update later....and see bertambah berseri-seri ke muka I ni....weh...tak de maknanya.

Wednesday, August 10, 2011

Cerita Eczema

Eczema ialah penyakit kegatalan atau kemerah-merahan menyerang di pelipat siku, kaki.  Penyebabnya adalah dia allergic kat Habuk, peluh dan makan telur, ayam dan seafood. 



Di atas pelipat siku (dah ok tinggal parut)

Ceritanya bermula bulan Feb dulu dan kami ingatkan dia kena chicken pox.  Bila jumpa Dr. dia just give medication dan saya terpaksa minta cuti sebab dia tidak boleh pergi nursery takut berjangkit dengan yang lain-lain.  Tunggu-tunggu tak juga elok dan bibirnya dan dalam mulut start bleeding.  Yang heranya dia still active dan tak demam-demam.  Sebab setahu kita orang kalau kena chicken pox ni mesti demam kan?   So this time pergi Klinik Kassim dan Dr. confirm ini bukan chicken pox sebab chicken pox sepatutnya bermula di tengah-tengah badan seperti chest dan merebak ke arah luar.  So dia refer to Skin specialist iaitu Dr. Badsha.  Wow...cost medication jangan ceritalah.  Mahal k. 


(dibahagian sikunya)



Muka dia pun kena juga

Than barulah kita orang tahu she having eczema.  Dr. bagi medication ubat makan (gatal), antibiotik dan ubat sapu plus Sabun.  Sabun yang dibenarkan ialah Simple or Dove.  I choose Simple sebab a few times I terbaca e-mail mengatakan Dove ada campuran Babi.  Kebenaran saya tak berapa pasti tapi biarlah sebab saya ada another choice iaitu Simple. Sabun ni tak de bau or buih sangat. 

Selepas 1 hari memang drasticly Alya bertambah sembuh. 

Another attack datang lagi sebab dia makan ayam terlebih this time.  Mula-mula tu sapu-sapu jugalah ubat dan nampaknya penyembuhan amat slow.  So another visit to Dr. Badsha.  This time cost oklah sikit.  Not that expensive.  She getting better.  Syukur alhamdullillah.  Cuma nampak parut-parut here and there lah.  Kena beli cream vitaman E ni plus Vitamin C. 

Tengok tu she start menggaru sebab berpeluh.  Balik nanti kena mandi dan sapu ubat kalau tak bertambah teruk.

Prevention nya avoid seafood, ayam dan telur.  Mandi selalu bila hari panas.  Pakai baju cotton (serap peluh).

Dan satu lagi fact klu kanak-kanak eczema ni dia kemungkinan besar adalah asthamatic dan sebenarnya dia memang dah kena asma last year.  This year nampaknya tak pernah kena lagi dah harap tak akan kena asthma forever (I wishlah).  Tapi ape nak buat maknya pun asthmatic (kes keturunanan lah ni). 


(  alya tak sembuh sepenuhnya-ummi tumpang glamour sekali boleh tak?)
 


Monday, August 8, 2011

UPSR tak lama lagi

Anakku No. 2 ni akan mengambil exam UPSR this yr.  Sebagai ummi doa dan harapan adalah amat tinggi menggunung untuk dia lulus cemerlang.  Subsribe Score A lah, inilah dan macam2.  Bersukan tak henti2.  Memang kena ingatkan aje supaya belajar.  Dia ok tapi playfool.  Kat kelas suka main-main dan tak fokus.  Ingat nak hantar dia sekolah Agama bila sekolah menengah nanti.  Dia pun ada hasrat nak ke sekolah agama. 



So raya ni kena hati2 sbb dia asthmatic.  Hari tu trial kena dan teruk jugalah sampai cikgu telefon suruh ambil dan diboleh ambil paper yang tak dapat ambil kemudian.  So kena jaga makan dia.  No. Ais, No. fruit especially watermelon, rambutan, orange.  Kesihan tapi dia kena bersabar dan kuatkan hati.



Sebagai ummi doakan adalah terbaik buat anak-anak ku.  Harap Allah permudahkan dia menjawab soalan-soalan dan dikurniakan kesihatan yang baik pada masa itu. 

Thursday, August 4, 2011

Melaksanakan a few step of 5S

Hari ini hari susun dan sisih di bilik boss.  Tengah fikirkan susun atur dokumen di dalam kabinet.  Choose light green paper  to tag the box files.  Fail2 mesyuarat banyak nye.  Yang penting di dalam proses ini ialah 5S ini membatu saya atau boss mendapatkan dokumen dengan pantas.  Jadilah bertambahlah produktiviti. 



Tengoklah tu my colleague tengah membersihkan cermin partition di workstation.  Jangan tension-tension ye. 

Wednesday, August 3, 2011

Untuk Hari Yang Pertama aku memblogkan diri...

Ish...betul ke aku ni...ade cerita ke nak cakap kat blog ni.  Weh mesti ade kan (untuk menyenangkan hati sendiri).  Sebenarnya tiada ape-ape pun yang istimewa kenapa percubaan untuk memblogkan diri ini.  Cuma ingin mencuba dan mungkin dapat berkomunikasi dengan bloggers lain tentang kehidupan, tentang anak, tentang kerja, dan tentang apa-apa juga.