Memang dulu-dulu Rahman dan Rasyid memang sudah diasuh untuk berpuasa sejak umurnya 5 tahun. Dua orang putera ni memang ok je bila suruh puasa. Bangun sahur Along (Rahman) senang nak kejut tapi Angah (Rasyid) susah sikit.. Tapi oklah dia orang.
Tahun ini giliran Alya pula untuk diajar berpuasa. Setelah 16 hari berpuasa baru 4 hari dia puasa. Tapi 3 hari yang terdekat ni memang dia dah dapat tune berpuasa. Semangat je. Cuma kena remind teacher yang dia berpuasa kalau tak kena bagi makan. Sahur pun ok. Makan kena suaplah. Setakat ni syukur alhamdulillah tak lah banyak kerenahnya untuk berpuasa. Harap-harap hari-hari yang mendatang dia akan seronok untuk sama-sama berpuasa. Gelagatnya yang geli hati ialah dia suka buka peti ais tinjau-tinjau waktu nak dekat-dekat buka tu.
No comments:
Post a Comment